Memulakan Tugasan KRSV 2012 - Mencari koleksi gambar

Share:
senicenter - Memulakan Tugasan KRSV 2012 - Mencari koleksi gambar, Assalamualaikum..

Bagi memulakan tugasan bagi Kajian Rekaan Seni Visual anda, eloklah anda mula mencari koleksi-koleksi gambar yang bersesuaian sebagaimana kehendak soalan yang telah anda pilih bersama guru anda. Untuk mencari gambar, amatlah mudah sekali dalam zaman serba serbi internet dan mudah dicapai ini. Anda hanya perlu menaip kata kunci yang dikehendaki pada Google Images (eloklah menggunakan Bahasa Inggeris bagi mendapat hasil yang lebih banyak). Contoh, hidupan laut-marine life, kasut kanvas-canvas shoes, beg beli belah-shopping bag, arca-sculpture dll, maka semua gambar-gambar yang berkaitan akan muncul di hadapan anda tanpa perlu bersusah payah naik bas ke perpustakaan atau ambil gambar ke sana sini... Oleh yang demikian adalah tidak mustahil bagi kebanyakan murid-murid sekolah masa kini (yang telah mendapat bantuan netbook bagi yang kurang berkemampuan kebanyakannya) untuk menyiapkan kajian 1 dan 2....

Berikut adalah contoh-contoh koleksi yang hanya boleh diperolehi dengan hanya mengetik beberapa kali keypad anda. Cetak dan tampallah ke muka 1 dan 2 tugasan anda.. Selamat memulakan tugasan. ;)

koleksi gambar hidupan laut

koleksi pelbagai jenis kasut kanvas

koleksi pelbagai jenis beg membeli belah

koleksi pelbagai jenis ruang bilik bayi

koleksi pelbagai jenis kerusi kanak-kanak

koleksi pelbagai produk ikat celup

koleksi iklan transit

koleksi pelbagai reka bentuk kotak serba guna

Tidak ada komentar