senicenter - PERBINCANGAN SOALAN KRSV SPM 2015 ARCA TIMBULAN,
Arca Timbulan terbahagi kepada :
a. Low Relief / bas relief
Penghasilan objek hampir rata.
b. Mid Relief
Penghasilan objek separa timbul
c. High Relief
Penghasilan objek menghampiri arca 3D
Bahan dan Teknik yang boleh digunakan bagi penghasilan Arca Timbulan
1. Kayu / Span Bunga/ Plaster of Paris - Teknik Ukiran
2. Plaster of Paris dibantu dengan acuan yang dibuat dari plastisin. - Teknik Acuan. Caranya, plastisin diuli dan di letak dalam blok kayu empat persegi mengikut saiz dikehendaki, guna permainan (toys) kereta, bangunan sdia ada dan tekap pada plastisin bagi mendapatkan imej kenderaan yang tenggelam. apabila anda tuang POP, akan terhasil imej kenderaan yang timbul. Faham tak? ha ha
3. Susun kadbod hingga membentuk imej dikehendaki, tampal kertas aluminium dan gosok dengan kiwi /syelek bagi mendapatkan effect tembaga dll.
Klik Sini dari entri cikgu untuk lihat contoh2 penghasilan arca timbulan guna kadbod.
4. Cikgu tak galakkan anda guna pelbagai warna kerana ARCA TIBULAN SEHARUSNYA DIPERBUAT DARIPADA KAYU, BATU, TEMBAGA.
Tidak ada komentar